Mahamadou Issoufou
Mahamadou Issoufou

Mahamadou Issoufou

Mahamadou Issoufou (lahir 1 Januari 1951) ialah seorang ahli politik Niger yang telah menjadi Presiden Niger sejak 7 April 2011. Issoufou merupakan Perdana Menteri Niger dari tahun 1993 hingga 1994, Presiden Perhimpunan Kebangsaan dari tahun 1995 hingga 1996, dan menjadi calon di setiap pilihan raya presiden sejak tahun 1993. Beliau memimpin Parti Niger untuk Demokrasi dan Sosialisme (PNDS-Tarayya), sebuah parti demokratik sosial, sejak diasas pada tahun 1990 hingga beliau dipilih sebagai presiden pada tahun 2011. Semasa zaman Presiden Mamadou Tandja (1999–2010), Issoufou merupakan pemimpin pembangkang utama.